Thursday, April 14, 2011

Tattoo Rabbit


TATTOOING
Tattoo @ cacah ....
Tattoo ni adalah num @ abjad untuk pengenalan diletakkan secara kekal pada kulit

ni terjemahan dari en. wiki
"A tattoo is a marking made by inserting indelible ink into the dermis layer of the skin to change the pigment for decorative or other reasons"

kenapa kena tattoo???
Tattoo pada telinga kiri rabbit adalah sangat penting bagi pengenalan kekal bagi haiwan tersebut, tattoo ini juga diperlukan sebelum rabbit anda dibenarkan untuk bertanding pada show arnab yg diadakan...( MROC 1st & 2nd ARBA Sanctioned Open Double All Breed Rabbit Show pada 4 jun 2011 di Midvalley ni pun kena ada tattoo kat telinga sebagai syarat2nye..kalau pakai yg tak permanant macam cop stamp pad tuh kompom dapat DQ @ Disqualified jer kalau masuk)


walaupun arnab anda tak masuk bertanding sekali pun... sy anggap tattoo ni penting sebagai ID sekiranya arnab anda dijumpai semula setelah hilang or kena curik dek jiran2 sebelah menyebelah...

cuba korang bayangkan kalau korang bela NZW sahaja ... jangan kata nak beza 200 ekor... kalau ade 20 ekor camana nak beza tuh???
kan senang kalau pakai Tattoo untuk ID...

Bila nak Tattoo nih..???
-Selalunye breeder yang amalkan tattoo untuk rabbit ni akan men'tattoo'kan rabbit diorang semasa penyapihan @ weaning @ putus susu (6-8 minggu)bagi memudahkan pengecaman & memasukkan data ..
-ape lagi time nak bawak g bertanding kat show la...



tattoo kat mana??
Tattoo secara standardnya pada telinga sebelah KIRI SAHAJA rabbit anda.
kenapa tak boleh telinga kanan???
telinga kanan untuk rabbit yg dapat GC or register sahaja... dan hanya ditattoo oleh official rabbit ragistra sahaja

apa ada pada tattoo tu??
pengenalan kekal yg terdiri dari num @ abjad atau kombinasi kedua-duanya.

camana tattoo tuh??
ade pelbegai jenis... kebiasaanya guna tattoo clap ataupun tattoo pen

arnab tu sakit tak time kena tattoo??
korang sakit tak kalau kena tindik telinga,sakit kan... keadaannya mungkin berbeza mengikut Individu .. mungkin 1 dari 10 @ 15 orang yg akan menjerit macam nak tercabut nyawa kalau kena tindik nih... begitu la jugak diumpamakan dengan men'tattoo' rabbit nih.. ala sekali jer seumur hidup... kalau dapat GC (grand Champion ) baru leh kena tattoo sekali lagi belah kanan lak...

mana ok.. pakai clamp ker pakai pen???
pada pendapat aku ler... clamp lagi kurang menyeksa rabit ... coz rabbit akan rase seksa tak sapai 2 saat pun... tapi kalau pen nih sepanjang tempoh kita menulis kat telinga dia tu dia rase sakit... itu pendapat aku sahaja... pendapat korang camana???

ape huruf boleh letak??
secara ringkasnye - ikut suka hati den lah nak taruk apo pun.. arnab den bukan arnab ekau....


SO SAPE2 NAK TATTOO RABBIT DIA LEH LA JUMPA SAYA..
special services akan diberikan..

more info akan diupload untuk post akan datang....



No comments:

Post a Comment