Tuesday, February 16, 2010
SNOWY branak awal ......
harambetul la si tikus nih... so aku declare WAR ngan tikus tikus yg ade...
(pic tak sempat update pun)harap2 la bapak dia si rambo... tapi tak cukup hari... sepatutnye 21hb nih.... terawal la pulak...
si SNOWY nih dapat sebulan lepas.. dari owner LILO yg mati ari tuh...rupa si snowy nih senijik macam UTIH tapi berisi sket..
huhuhu... cage aku dah penuh.........
Sunday, January 17, 2010
anak2 LEO yg kurang bernasib baik..
pas ni leh tunggu anak BLACKY lak yg sepatutnye due ari nih... tapi tak start buat sarang pun lagi.. takpe kena sabar menungu ... hik hik hik
Sunday, January 10, 2010
kalau sudah bukan rezeki... Anak LILO mati
semalam rekod pertama yg aku risaukan akhirnye jadi jugak...
sekor dari 3 anak LILO mati kena serangan tikus... ade sekor lagi dah calar balar kena gigit gak.... yg sadis nye mati hilang bahangian dada jer,,, maybe dia makan paru2 n jantung baby tuh.... selalunye perangkap tikus aku pasang tiap2 hari berumpankan biskut ...
tapi smalam tak pasang lak ..... huhuhuh
Friday, December 4, 2009
masalah si kecil (Ardi)
Ardi anak arnab yg takde telinga ngan ekor yg dibeli dari arnab gabung pdg rengas telah mati. agaknye tersepit time meloloskan diri dari cage yg baru beli tuh..
dah 2-3 kali gak dia kuar . tapi smlm tak bernasib baik , so tersepit...
tak smepat nak wat experimen baka takde telinga.. huhuh
Tuesday, November 10, 2009
susuan alternatif
Susuan alternatif
cited from http://desabayu.googlepages.com/susuanalternatif
Susuan alternatif adalah merupakan satu mekanisma terbaik bagi membantu anak arnab yang kehilangan ibu dalam tempoh menyusu.
Susuan alternatif perlu dilakukan jika perkara yang tidak diingini berlaku ke atas ibu arnab. Kebiasaan, faktor berikut adalah penyumbang utama yang memerlukan susuan alternatif dilakukan.
i. Berlaku kematian ibu dalam jangka masa menyusukan anak.
ii. Bilangan yang dilahirkan melebihi bilangan 8 ekor. Ini kerana, arnab mempunyai hanya lapan puting sahaja. Jika bilangan anak melebihi bilangan puting yang ada, ada potensi anak yang paling kecil dan lemah tidak mendapat susu yang mencukupi.
iii. Ibu berpenyakit yang perlu dikaurantin berasingan dengan anak.
iv. Ibu tidak mempunyai susu yang mencukupi untuk kesemua anaknya.
v. Ibu yang tidak bersedia menyusukan anak kerana merajuk akibat dari gangguan persekitaran serta musuh. Memegang anak berusia beberapa jam selepas dilahirkan dengan tangan juga boleh mempengaruhi emosi oleh ibu arnab, kerana bau yang berlainan dari badan anak yang dilahirkan adalah dianggap bau musuh jika tidak dibuat berhati-hati.
Ada dua kaedah susuan alternatif yang sesuai dipraktikkan jika berlaku kematian ke atas ibu arnab.
i. Kaedah susuan ibu angkat.
ii. Kaedah susuan buatan.
Kaedah Ibu angkat.
i. Memindahkan semua anak ‘yatim’ yang ada kepada ibu angkat, iaitu ibu arnab lain yang melahirkan anak dalam tempoh 7 hari.
ii. Bilangan anak ‘yatim’ yang boleh dipindahkan kepada ibu angkat hendaklah tidak melebihi 1/2 dari bilangan anak yang dimiliki ibu berkenaan tetapi maksima tidak melebihi dari 8 ekor keseluruhannya.
iii. Jika bilangan anak ‘yatim’ lebih ramai dari bilangan anak sebenar ibu angkat, pemindahan hendaklah dilakukan berhati-hati.
iv. Setelah selesai dilakukan pemindahan, tangan yang digunakan untuk memegang anak arnab ‘yatim’ hendak diusapkan ke muka ibu angkat untuk beberapa ketika bagi memastikan bahawa bau anak ‘yatim’ dapat diterima oleh ibu angkat.
v. Pemantauan berterusan perlu dilakukan untuk memastikan anak angkat dapat menyusu dengan baik. Jika berlaku sebaliknya, susuan alternatif perlu dilakukan. Susuan alternatif juga perlu dilakukan sekiranya anak yang kematian ibu melebih had maksima yang boleh diserahkan kepada ibu angkat.
Kaedah Susuan buatan.
Kaedah susuan buatan ialah pemberian susu dari sumber lain seperti susu kacang soya atau susu kambing. Menggunakan kaedah suapan botol penyusu atau picagari atau mekanisma lain yang sesuai untuk mewujudkan titisan susu.
Dalam kaedah susuan buatan, pemberian secara titis demi titis adalah paling sesuai dan praktikal. Ini untuk memastikan, titisan pertama telah habis ditelan sebelum titisan seterusnya diberikan. Kaedah ini boleh mengurangkan kesan kemungkinan anak arnab tersendak susu berbanding menggunakan lain.
Kuantiti yang disyorkan adalah sebagaimana berikut:
Umur | Kuantiti cc/ml | Kekerapan |
1 hari hingga 1 minggu ( berat ) | 2-21/2 | 2 kali sehari |
1 hingga 2 minggu | 5-7 | 2 kali sehari |
2 hingga 3 minggu | 7-13 | 2 kali sehari |
3 hingga 6 minggu | 13-15 cc/ml | 2 kali sehari |
Ibu arnab menyusukan anak untuk tempoh 5 minit sahaja setiap hari. Penyusuan akan dilakukan didalam kotak anak pada waktu awal pagi dan lewat petang sahaja. Ibu arnab akan meninggalkan kotak anak sebaik sahaja tempoh menyusu kesemua anaknya selesai dan akan kembali semula untuk menyusukan anaknya mengikut selang masa yang tetap.
Monday, July 27, 2009
Mati sekor...& penyusuan
ari sabtu lepas mati lagi 2 ekor...
pastu ari ni..(isnin ) semua mati kerana si ibu tak bagi susu rasenye... huhuhu :(
sape leh tolong selesaikan masalah ni????