Tuesday, May 10, 2011

Ketchum... Ketchum ohh lalal (style burung kakak tua)


"Hampa…

Inilah perasaan Tim pada saat ini. Penuh kehampaan. Di masa kehampaan ini juga, saya teringat sebuah lagu yang tidak asing lagi. Lagunya seperti berikut…

Burung kakak tua
Hinggap di jendela
Nenek sudah tua
Giginya tinggal dua

Lechum Lechum Lechum
Mu la la
Lechum Lechum Lechum
Mu la la
Lechum Lechum Lechum
Mu la la
Burung Kakak Tua.

Tolong jangan salahkan Tim ye kalau I terlanjur kata dicatatan blog ini. Kenapa di masa yang terlampau hampa ini saya masih boleh ingat lagu Burung Kakak Tua? Kerana dalam ingatan Tim, Burung Kakak Tua ini pandai meniru manusia bercakap. Akan tetapi, I rasa Burung Kakak Tua ini tidak faham langsung apa yang dikatakannya.

Itulah perangai segolongan besar peminat2 arnab hias di tanahair tercinta I ini. Memang pandai meniru cara percakapan dan mengikut trend. Setiap kali saya menayang gambar arnab comel, semua sudah tahu menahu bertanya, “Yang Ni Pedigree Ke?”. Tim nak tanya, betul2 tahu tak apa itu Pedigree dan kenapa Pedigree?

Maklumlah, ada Pedigree dan Tattoo ni boleh jual lebih mahal….BOHONG!

Renung sekejap…..KUALITI bukan KUANTITI brader……Sekali lagi kita kembali ke Standard Of Perfection (dah bosan ni nak di ulang lagi macam tak habis2)….Tak pe, kita belajar slow slow skit……….

Kenapa seekor arnab dijual RM 150 lepas itu yang lain RM 500? Arnab RM 150 kalau ada pedigree terus naik harga ke RM 500 macam upgrade KAP CHAI ke SUPER BIKE….BOHONG!

Walaupun arnab impot pun ada beza KUALITINYA! Tolong jangan lupa kata2 hikmat ini boleh tolong supaya duit tidak senang berlari dari dompet….

Saya pun sudah bosan nak menaip panjang lebar ni – sila rujuk kepada catatan yang sudah lampau ini - http://truluvrabbitry.com/2010/11/19/the-reason-behind-the-tattoo/. Kalau perlu, silalah rujuk kepada kamus ye.

Akan tetapi jari2 I rasa gatal sikit. Mari, saya tolong taipkan sebanyak mungkin.

Fungsi tattoo ini bukannya untuk mendapatkan lebih duit. Malah seperti KAD PENGENALAN dalam dompet mu sayang….

Kenapa warganegara ini diberi nombor unik? Kerana semua orang ini kan spasial? Ia digelar KAD PENGENALAN. Jom kita buangkan perkataan KAD ia menjadi PENGENALAN! BINGO, itu lah fungsi TATTOO!

Ia dijadikan pengenalan untuk si ARNAB. Kalau ikut ARBA, nak masuk pertandingan ataupun nak didaftar arnab itu, kena ada PEDIGREE dan TATTOO. Pedigree untuk menyatakan arnab itu adalah TULEN kerana PEDIGREE (surat beranak) mencatitkan salahsilah keluarga 3 generasi. Untuk seekor arnab digelar PURE BREED (baka tulen), ia semestinya seekor arnab yang telah dibiak dengan 3 generasi BAKA YANG SAMA. Kalau tetiba kawan2 nampak seekor Netherland Dwarf dicatatkan di dalam PEDIGREE Holland Lop di peringkat generasi ke-3, malah arnab you itu bukan tulen. Semua arnab yang dicatitkan dalam seluruh PEDIGREE 3 generasi mestilah terdiri daripada baka arnab yang sama. Faham tak? Muka macam tak faham saja.

Tak pe, kalau tak puas atau tak faham boleh email President atau Officer ARBA. Kan lebih baik percaya sama itu Mat Salleh? Orang Malaysia sendiri ini memang merepek bukan2. Ataupun orang Malaysian sendiri ini taip dalam Bahasa Mat Salleh standard tak cukup tinggi susah nak difahami…

Kenapa Si Tim ini tattoo dan bagi pedigree/sijil beranak untuk semua arnabnya? Senang je nak jawab soalan itu. Kerana Si Tim ni nak jaga ketulenan arnab2 yang terlepas dari jari genggaman Tim. Kan arnab hias impot ini semakin popular? Dan nak mula dengan permulaan yang baik supaya dapat jejaki baka yang diimpot. Yang ni tak faham tak pe kerana bukan semua diwajibkan ikut jejak Si Tim ni.

Lebih baik jangan hinggap di atas jendela cuba nak jadi burung kakak tua. Nanti jatuh beb……." cited from tru-luv rabbitry .. tq tim



aku rase lagu kena tukau beb... ni boleh buat iklan jenama tattoo plier nih

ketchum ... ketchum..

ketchum tattoo plier.... tattoo sampai tua... hahaah

Ketchum website



No comments:

Post a Comment