
Fur eating and hairballs
Sebilangan Rabbit direban mungkin akan memakan bulu badan, bulu kening & misai.Seekor rabbit akan mula memakan bulunya sendiri dibahagian tepi,belakang & dada. Ini desebabkan secara umumnya oleh 'deficiency of dietary fiber and gastricatony'. Diet yang tinggi dengan bijirin dan rendah kandungan alfalfa cenderung untuk kandungan rendah serat @ Fiber. Ini kerana sistem penghadaman seekor rabbit adalah untuk menampung sejumlah besar serat untuk penghadaman. kekurangan serat dalam diet harian akan membuatkan rabbit akan cuba mencari sumber fiber yang lain dan mula memakan bulu rabit itu sendiri.

Rabbits juga akan termakan sejumlah kecil bulunya melalui jilatan @ membersihkan diri sendiri. Bulu ini akan bergumpal didalam perut rabbit lalu membentuk 'hairballs'@ 'Wool Black'. Ini selalunya tidak akan menunjukkkan apa apa kehadiran penyakit, tetapi ianya akan menjadi halangan didalam perutnya. Apabila terdapat halangan pada saluran perut, rabbit akan mula untuk berhenti makan, berat badan susut, dan berkemungkianan mati. Jika masalah hairbaill ini hadir, antara yg boleh dilakukan adalah dengan memberikan sedikit buah nenas dalam diet rabbit yang sakit @ pemberian 10ml jus nenas. Enzim didalam juice ini akan membantu untuk meleraikan hairball dan membantu untuk melepasi sistem penhadaman rabbit. Pembedahan mungkin diperlukan bagi sesetengah kes.

Kesimpulan yang dapat dibuat disini adalah, rabbit memerlukan kandungan fiber @ serat yang tinggi dalam diet harian mereka. Dengan adanya diet yang sempurna akan menjamin kesihatan rabbit- rabbit anda...
sumber: bacaan internet... dengan translation mudah... muehehehehhe
Next! : Penyakit Arnab 2: Sore Hocks
(insyaallah jika diizinkan olehNya.)