Thursday, September 16, 2010
Small animal Milk Powder (Milk Replacer)
Monday, January 25, 2010
Pekemendanye la pelik si BLACKY nih.... New GP...
petang tadi dah kering dah anak2 dia.. so tiba time menyusu waktu petang lak... dekat kul tujuh tadi aku colect balik ... kena simpan tempat secure sket. takut tikus makan ... kuyup jugak sekali lagiii.... tah ape la pear el lak si BLACKY nih kali ni...
semalam g balik kg.. sempat gak samabar sepasang Guinea Pig... saje try test amik pengalaman bela menatang nih... amik yg normal jer.. takde yg fency2 pun... nanti dah cukup pengalaman kang baru kita buzz yg waliau punye....
satu self white (PEW) pink eye white (jantan) & yg betina broken color... hope leh cepat2 dpat baby baru.. yg jadi terigin tuh coz org kate takyah susah nak jaga anak dia.. & dia nih jaga time siang...bukan nucturnal la....
Sunday, January 17, 2010
anak2 LEO yg kurang bernasib baik..
pas ni leh tunggu anak BLACKY lak yg sepatutnye due ari nih... tapi tak start buat sarang pun lagi.. takpe kena sabar menungu ... hik hik hik
Tuesday, December 1, 2009
kisah di klinik
anak2 utih still nyusu ngan utih. nasib ler kalau anak dia yg kena lak.. so kena la tunggu dia putus susu dulu... lagi beberapa minggu kot.
so utih dikuarantin & production dia kena stop dulu... hhuhuhu..
moral of da story.... kalau arnab ade kurap nak bawak treatment . jangan ade anak yg menyusu.. nanti efect kat anak dia...
Friday, November 13, 2009
Last Mama Beranak... Si Utih pulak melahirkan ...
maka lengkap la semua 4 ekor induk yg aku ade dah ade baby semua nye
anak dia ade 3 ekor je...
kaler ade yg hitam ade yg campur putih..
so menampakkan ler bapaknye si anggora hitam yg tak berapa sihat tuh... pas ni misi nak bawak anggora itam tuh g klinik

pas ni pi jumpa vet naaa...

harap2 si utih takde masalah ibu muda... moga2 menyusu ler hendaknye mlm nih....
Tuesday, November 10, 2009
susuan alternatif
Susuan alternatif
cited from http://desabayu.googlepages.com/susuanalternatif
Susuan alternatif adalah merupakan satu mekanisma terbaik bagi membantu anak arnab yang kehilangan ibu dalam tempoh menyusu.
Susuan alternatif perlu dilakukan jika perkara yang tidak diingini berlaku ke atas ibu arnab. Kebiasaan, faktor berikut adalah penyumbang utama yang memerlukan susuan alternatif dilakukan.
i. Berlaku kematian ibu dalam jangka masa menyusukan anak.
ii. Bilangan yang dilahirkan melebihi bilangan 8 ekor. Ini kerana, arnab mempunyai hanya lapan puting sahaja. Jika bilangan anak melebihi bilangan puting yang ada, ada potensi anak yang paling kecil dan lemah tidak mendapat susu yang mencukupi.
iii. Ibu berpenyakit yang perlu dikaurantin berasingan dengan anak.
iv. Ibu tidak mempunyai susu yang mencukupi untuk kesemua anaknya.
v. Ibu yang tidak bersedia menyusukan anak kerana merajuk akibat dari gangguan persekitaran serta musuh. Memegang anak berusia beberapa jam selepas dilahirkan dengan tangan juga boleh mempengaruhi emosi oleh ibu arnab, kerana bau yang berlainan dari badan anak yang dilahirkan adalah dianggap bau musuh jika tidak dibuat berhati-hati.
Ada dua kaedah susuan alternatif yang sesuai dipraktikkan jika berlaku kematian ke atas ibu arnab.
i. Kaedah susuan ibu angkat.
ii. Kaedah susuan buatan.
Kaedah Ibu angkat.
i. Memindahkan semua anak ‘yatim’ yang ada kepada ibu angkat, iaitu ibu arnab lain yang melahirkan anak dalam tempoh 7 hari.
ii. Bilangan anak ‘yatim’ yang boleh dipindahkan kepada ibu angkat hendaklah tidak melebihi 1/2 dari bilangan anak yang dimiliki ibu berkenaan tetapi maksima tidak melebihi dari 8 ekor keseluruhannya.
iii. Jika bilangan anak ‘yatim’ lebih ramai dari bilangan anak sebenar ibu angkat, pemindahan hendaklah dilakukan berhati-hati.
iv. Setelah selesai dilakukan pemindahan, tangan yang digunakan untuk memegang anak arnab ‘yatim’ hendak diusapkan ke muka ibu angkat untuk beberapa ketika bagi memastikan bahawa bau anak ‘yatim’ dapat diterima oleh ibu angkat.
v. Pemantauan berterusan perlu dilakukan untuk memastikan anak angkat dapat menyusu dengan baik. Jika berlaku sebaliknya, susuan alternatif perlu dilakukan. Susuan alternatif juga perlu dilakukan sekiranya anak yang kematian ibu melebih had maksima yang boleh diserahkan kepada ibu angkat.
Kaedah Susuan buatan.
Kaedah susuan buatan ialah pemberian susu dari sumber lain seperti susu kacang soya atau susu kambing. Menggunakan kaedah suapan botol penyusu atau picagari atau mekanisma lain yang sesuai untuk mewujudkan titisan susu.
Dalam kaedah susuan buatan, pemberian secara titis demi titis adalah paling sesuai dan praktikal. Ini untuk memastikan, titisan pertama telah habis ditelan sebelum titisan seterusnya diberikan. Kaedah ini boleh mengurangkan kesan kemungkinan anak arnab tersendak susu berbanding menggunakan lain.
Kuantiti yang disyorkan adalah sebagaimana berikut:
Umur | Kuantiti cc/ml | Kekerapan |
1 hari hingga 1 minggu ( berat ) | 2-21/2 | 2 kali sehari |
1 hingga 2 minggu | 5-7 | 2 kali sehari |
2 hingga 3 minggu | 7-13 | 2 kali sehari |
3 hingga 6 minggu | 13-15 cc/ml | 2 kali sehari |
Ibu arnab menyusukan anak untuk tempoh 5 minit sahaja setiap hari. Penyusuan akan dilakukan didalam kotak anak pada waktu awal pagi dan lewat petang sahaja. Ibu arnab akan meninggalkan kotak anak sebaik sahaja tempoh menyusu kesemua anaknya selesai dan akan kembali semula untuk menyusukan anaknya mengikut selang masa yang tetap.
Sunday, November 8, 2009
2 kelahiran serentak....& after 10 days anak2 si hitam
so pagi ni aku g check pas breakfast.... both dah beranak....


si Leo yang kaler putih ade 4 ekor kot anak dia.. aku main kuis pakai ranting kayu jer....
anak dia semua merah merah jer.....


anak si Blacky banyak sket... ade 6 ekor.... anak dia nih campur campur hitam ...
aku harap ni la anak anak baka ND aku yg ilang kena curi ari tuh....(masih mengharap dipulangkan... nak beli baru dalam rm250-rm450 gak sekor)
moga moga leh terus idup ler gamaknye....
so kena tgk n tunggu lak esok dia menyusukan anak2 dia ker tak... tak de la susah keje aku nanti kalau ibu dia menyusukan anak anak dia....

anak anak si Itam dah mula berjalan-jalan dalam kotak sarang mak dia... ade yg dah start nak buka mata... gebu2 n boncit2 blaka...
Thursday, October 29, 2009
2nd time... alhamdullilah
maka bermulaah survival hidup lak nak kena atasi...
mr jebbit ade cadangkan wat pengasingan anak... tapi camana erk???
takkan nak amik camtuh jer...
penyusuan camana??
any comment anyone???